Percubaan 1,2, 1,2


Apa khabar anda di sana? Semoga baik-baik hendak-Nya. 

Pertama kali saya berbahasa di dalam blog 'ABOL' ini. Seperti yang dijanjikan, saya akan mula menerapkan bahasa ibunda saya di dalam blog ABOL untuk pembaca yang sudi membaca kisah-kisah di dalam blog yang tak seberapa ini. 

Buat pembaca yang memahami Bahasa Malaysia, sudah pasti anda akan merasa senang dengan bahasa yang akan disampaikan. Namun, akan ada pembaca dari negara lain yang akan kecewa kerana mereka terpaksa translate dan kalau translate pun akan berbunyi sangat pelik apabila baca terutama sekali bait-bait puisi (akan datang). Tetapi kalau betul-betul berminat nak baca, saya harap dapatlah mereka dan kamu juga survive dalam blog saya ini! Pasti boleh! =)

Saya mempunyai cara penulisan saya yang tersendiri. Boleh dikategorikan sebagai agak skema tetapi saya lebih prefer tulis macam ni. Saya try untuk mix BM and BI sikit-sikit dalam penulisan depends kepada apa yang hendak disampaikan bagi updated dengan cara orang nak baca zaman terkini.

Kebanyakan waktu, saya akan lebih banyak menerapkan bahasa sastera yang mudah untuk difahami terutama dalam penulisan-penulisan dan penyampaian puisi yang mendatang. 

Penulisan-penulisan yang mendatang boleh dikategorikan dari rangkaian puisi, kata-kata hikmat, penulisan kreatif, motivasi dan akan ada banyak lagi yang akan menyusul buat pembaca tegar ABOL.

Saya ingin meminta maaf dari awal sekiranya cara penulisan saya tidak menyenangkan mana-mana pihak. Saya telah cuba menggunakan bahasa yang sebaik mungkin. Sekiranya ada perkara yang anda ingin tanya dan kongsi dengan penulisan saya, anda bolehlah menghantar email pada saya di www.snaznim@gmail.com untuk sebarang pertanyaan atau cadangan.  

Selamat membaca karya-karya yang seterusnya!


Photo Credits: Original artists from Wallpapers apps

0 comments:

Post a Comment


up